May 18, 2024

KUALA NERUS – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menyiasat kes keracunan makanan membabitkan lima mangsa disyaki setelah menjamah kuih ketayap di sebuah kedai di daerah Marang baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, JKNT mengambil maklum isu berkenaan setelah ia tular di platform media sosial beberapa hari lalu.

“JKNT mengesan video yang tular berhubung keracunan makanan yang dilaporkan berlaku di Marang. Berdasarkan maklumat awal, keracunan makanan itu melibatkan lima mangsa dengan empat daripada mereka menerima rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui pada Ops Cakna di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus di sini hari ini.

Kasemani berkata, setakat ini empat mangsa terbabit masih dirawat di dalam wad Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Terdahulu tular klip video di media sosial memaparkan dakwaan seorang lelaki mendakwa isteri dan anak-anaknya mengalami keracunan makanan selepas makan kuih ketayap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *