May 18, 2024

Rancak dan ghairah kempen yang dibawa oleh PAS PN di pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu dengan isu calon DAP yang meletakkan tudung di kepalanya ketika turun bertemu pengundi.

PAS PN seperti hilang arah. Mereka gagal di dalam isu akademik dan sekolah calon PH dan kini menggunakan isu calon PH bertudung pula.

Betulkah calon PH menunggang agama?

Jika bukan Islam bertudung dikatakan menunggang agama, bagaimana dengan Presiden Gerakan bersongkok dan berbaju Melayu? Adakah parti Gerakan juga penunggang agama?

Bagaimana pula dengan parti PAS? Parti politik yang selama ini dilabelkan menunggang Islam demi kepentingan politik, sudah bersihkah PAS dari amalan menggunakan Islam untuk meraih undi?

Apabila bersama dengan DAP mereka “beriktikad” bahawa kerjasama atau Tahaluf Siyasi itu tidak salah kerana DAP tidak melawan Islam. Ulamak politik PAS juga memberi nas atau dalil bahawa Nabi saw pernah dibantu oleh puak kafir dan menggunakan analogi galah yang tidak cukup panjang, DAP adalah penyambung galah untuk mengait buah. Kesemua ini “dalil sahih” PAS untuk mengajak ahli, penyokong dan pengundi supaya memilih DAP ketika itu.

PAS dan DAP bergabung selama 10 tahun untuk mengalahkan UMNO BN ketika itu. Kini apabila DAP memilih untuk tidak bersama mereka maka segala nas dan dalil ciptaan mereka “terbatal” dengan sendirinya.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim bahawa kenapa dahulu boleh dan sekarang tidak boleh?

Beliau kini menggunakan dalil baharu pula iaitu Nabi saw bekerjasama dengan yahudi ketika mula-mula sampainya baginda di Madinah dan kemudian terjadinya Perang Khaibar antara Nabi saw dan Yahudi. Beliau membuat kesimpulan mudah bahawa Nabi saw mempunyai sebab tertentu “dahulu boleh berkawan dan sekarang boleh berperang?”.

Betulkah dalil Tuan Ibrahim ini? Atau sekadar menunggang isu bagi mengelirukan pengundi?

Sepatutnya Tuan Ibrahim menjelaskan kenapa Nabi saw memerangi kaum Yahudi ketika itu. Kenapa takut dengan kebenaran cerita tersebut?

Nabi saw memerangi Yahudi ketika itu kerana puak Yahudi mula bertindak memusuhi dan melawan orang-orang Islam.

Jika menurut “dalil” dari Panglima perang PAS yang juga Menteri Besar Kelantan sekarang, selagi kafir tidak memusuhi Islam maka tiada sebab untuk Islam memerangi kafir.

Menteri Besar Kelantan sekarang pernah bertanya dan beliau juga menjawab soalan dari beliau sendiri, “Adakah DAP memerangi Islam? Jawapnya tidak”

Hadi Awang, Presiden PAS juga membuat seruan supaya mengundi DAP.

Jika PAS takut dengan tudung yang dipakai oleh calon PH, bagaimana pula dengan songkok yang dipakai oleh Presiden Gerakan?

Bukankah parti Gerakan lebih ekstrim dari DAP?

Kepada pihak Astro dan entiti yang tersebut di dalam poster di atas, ambillah tindakan kerana ianya terkait dengan “berita palsu”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *