May 18, 2024

PAS memulakan siri kempen bagi pilihanraya kecil Parlimen Kemaman dengan memberi maklumat yang salah dengan memfitnah DAP dan bekas Presiden Singapura.

Sebagai parti politik yang kononnya berlabel Islam, PAS cuba menjadikan DAP sebagai subjek utama untuk menyerang UMNO-BN yang merupakan antara parti komponen di dalam Kerajaan Madani.

Jika di pilihanraya negeri Terengganu tempohari PAS dilihat berjaya menghasut pengundi kononnya DAP adalah parti berhaluan komunis dan UMNO-BN terpalit dengan parti tersebut namun kali ini PAS melalui jentera ‘puteri dan wanitanya’ memulakan langkah kempen yang tempang apabila ahli Parlimen Kepala Batas yang juga bekas ketua ‘puteri’ PAS memfitnah Lim Kit Siang adalah sepupu kepada bekas Presiden Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau juga cuba membina naratif fitnah kononnya pemimpin DAP itu mempunyai hubungan pertalian saudara dengan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Semalam di Dewan Parlimen, YB PAS Parlimen Kepala Batas itu didesak supaya menjawab fitnah yang beliau lemparkan namun ahli parlimen PAS tersebut tidak berani mendongak muka berhadapan dengan ahli parlimen DAP.

Nampaknya PAS hilang modal kempen di pilihanraya kecil Parlimen Kemaman. PAS sebelum ini mendabik dada dengan mengatakan bahawa mereka bakal menang besar di Kemaman berdasarkan keputusan pilihanraya umum ke-15 walaupun kemenangan mereka terbatal kerana amalan rasuah pengundi.

Menang 32-0 bagi pilihanraya negeri tidak bermakna PAS sebuah parti yang bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *