May 18, 2024

Rakyat mula tertanya, adakah wujud kelompongan besar pada undang-undang negara berhubung isu rasuah termasuk perbuatan merasuah pengundi?

Apa yang dipaparkan dengan jelas adalah mahkamah menjatuhkan hukuman membatalkan kemenangan calon yang didapati melakukan perbuatan merasuah pengundi tetapi calon tersebut boleh bertanding semula. Ini jelas berlaku kepada calon PAS, Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan dibuat Hakim Mohd Firuz selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Petisyen tersebut difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November lalu, iaitu beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Namun apa yang menimbulkan tandatanya adalah Ahmad Amzad Hashim bertanding semula pada pilihanraya negeri(6 negeri). Beliau tidak mengemukan rayuan setelah mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut.

Bukan untuk menghina mahkamah tetapi majoriti rakyat terutama warga pengamal undang-undang mengajak rakyat Malaysia untuk merujuk kepada Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang menjadikan rasuah itu kesalahan pilihanraya dan sekiranya didakwa di bawah akta tersebut dan disabitkan, pesalah itu terhalang daripada bertanding di dalam sebarang pilihanraya selama 5 tahun.

Kesimpulannya, rakyat inginkan penjelasan. Bukan tiada peruntukan undang-undang tetapi tidak menggunakan undang-undang yang ada?

Pemimpin yang terhasil dari perbuatan rasuah akan merosakkan sistem demokrasi dan rakyat bakal terabai selama beliau menjadi wakil kepada rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *