May 18, 2024

PAS dijangka berusaha mengalihkan isu calonnya yang melakukan rasuah sehingga menyebabkan keputusan PRU15 bagi kerusi parlimen Kemaman yang dimenangi mereka terbatal.

Amat memalukan apabila parti politik yang berlabelkan Islam dua kali terpalit dengan kes merasuah pengundi dan keduanya berlaku di Terengganu.

Kes pertama adalah di parlimen Kuala Terengganu. Di kerusi parlimen Marang, di mana Presiden PAS sendiri bertanding hampir sahaja dibatalkan kemenangan mereka juga.

Pilihanraya kecil Parlimen Kemaman bakal menyaksikan banyaknya “dalil” akan dikeluarkan demi menyucikan kemenangan PAS yang dibatalkan?

Juga dapat dijangka PAS bakal menggunakan isu kesengsaraan umat Islam di Palestin sebagai modal kempen ceramah politik murahan mereka.

Mengenali PAS, mereka akan membuat perbandingan siapa yang lebih “terpaling” berdemostrasi menyelar Israel dan “terpaling” betul cara berdemostrasi. Mungkin akan ada penceramah mengeluarkan “rukun” berdemostrasi sambil menyerang dan memfitnah Kementerian Pendidikan kononnya tidak membenarkan laungan takbir dan bacaan qunut nazilah. Walhal pihak kementerian melalui menterinya sudah menjelaskan secara terperinci dan menafikan wujudnya larangan tersebut.

Sepanjang pilihanraya kecil yang berlangsung di DUN Simpang Jeram dan parlimen Pulai di Johor serta DUN Pelangai di Pahang menyaksikan Perikatan Nasional kalah teruk dan mereka tidak mampu untuk kalah di parlimen Kemaman.

Parlimen Kemaman adalah kubu kuat UMNO-BN dan kekalahan UMNO-BN sebelum ini adalah kerana kempen fitnah yang amat dasyat termasuk penyebaran dalil palsu berkait dengan akidah umat Islam.

Kempen menakutkan Melayu-Islam sehingga melanggari ‘larangan 3R’ serta amalan merasuah pengundi menjadi punca utama kekalahan UMNO-BN di Kemaman.

Pihak berkuasa termasuk jabatan agama Islam negeri Terengganu wajib bertegas dan tidak boleh bersifat condong kepada fahaman parti politik tertentu.

Jangan rosakkan minda rakyat dengan pelbagai hadis dan dalil palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *