May 18, 2024

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, SPRM dan PDRM wajar menjadikan pilihanraya kecil Parlimen Kemaman sebagai contoh bagi sebuah pilihanraya paling bersih terutama dari segi jenayah merasuah pengundi.

Terengganu melakar sejarah hitam apabila 2 kerusi parlimen dibatalkan kerana didapati berlakunya amalan merasuah pengundi iaitu Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Parlimen Kemaman manakala kerusi parlimen Marang hampir sahaja terbatal kemenangan.

“Konklusi yang dibuat Yang Arif Hakim (adalah) pempetisyen telah gagal membuktikan kes mereka pada tahap keraguan yang munasabah” – keputusan mahkamah bagi kerusi Parlimen Marang.

Paling ‘epik’, dikatakan ahli jawatan kuasa PAS Marang yang tiba-tiba popular dengan gelaran “wallahi aku undi PAS” didapati “meninggalkan” kampung sejak tersebar video beliau dikatakan memberi rasuah kepada pengundi?

Ramalan penganalis politik tempatan bahawa akan berlaku amalan jenayah rasuah pengundi juga pada pilihanraya kecil Kemaman kali ini.

Aktiviti jenayah merasuah pengundi ini dikatakan bukan sahaja tertumpu kepada pengundi luar tetapi menurut sumber, aktiviti merasuah pengundi ini juga berlaku dengan “membeli” pihak lawan supaya jangan keluar mengundi?

Modus operandi jenayah rasuah pengundi luar dikatakan dengan memberi wang melalui ibubapa yang ada di kampung?

Malah tambah sumber, pada hari mengundi, S.O.P jenayah ini adalah dengan membawa pengundi ke satu rumah atau tempat mengikut sususan tertentu dan pada waktu yang ditetapkan dengan jumlah pengundi yang mudah dikawal dan di situlah wang rasuah diberikan?

Kali ini pihak yang berwajib perlu lebih peka dengan pergerakan “kumpulan perasuah” ini dan perlu lebih bersedia dengan rakaman pembuktian supaya tangkapan tersebut tidak menjadi sia-sia sebagaimana kes-kes yang lepas. Sudah jelas tertangkap aktiviti jenayah rasuah tetapi kesemua yang terlibat terlepas begitu sahaja termasuk pemberi dan penerima rasuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *