May 18, 2024

Malam tadi ketika berucap di ceramah perdana bagi pilihanraya kecil DUN Pelangai, Sanusi seperti biasa menggunakan pendekatan yang tidak wajar untuk meraih populariti di kalangan kepimpinan PAS dan untuk menarik perhatian penyokongnya.

Sanusi memutar belit apa yang sebenarnya berlaku berkait dengan ahli parlimen DAP Ipoh Timur, Howard Lee. Menurut Sanusi Howard membuat tafsiran yang salah terhadap surah Al-Maidah berhubung “ketaatan kepada ulil amri”. Sanusi juga cuba menimbulkan ketegangan terhadap orang Islam terutama penyokong totok PAS dengan mengambil contoh apa yang terjadi kepada Gabenor Jakarta, Ah Hock pada tahun 2016.

PAS bagaikan tiada modal untuk terus menerus memburukkan UMNO-BN serta kerajaan Madani. Tewas di pilihanraya kecil parlimen Kulai dan Dun Simpang Jeram tempohari membuktikan isu “DNAA Zahid” tidak menjadi.

Kini PAS beralih kepada isu ahli parlimen DAP dan surah Al-Maidah yang kononnya tidak tepat dan menghina Islam.

Apa yang ahli DAP tersebut lakukan adalah membaca “terjemahan langsung” dari petikan surah dan bukannya membuat penafsiran. Bagi PAS, jika tafsiran atau terjemahan tidak menepati “selera anak tekak” mereka maka tafsiran tersebut tidak betul.

Anda pernah dengan kepimpinan PAS membuat atau menyelar mana-mana penceramah cabuknya membuat penafsiran sesat terhadap “undi dan neraka”? PAS bersikap dua darjat apabila anak-anak kerengga mereka mempermainkan syurga, neraka dan undi.

Sanusi sepatutnya lebih bertanggungjawab apabila cuba menonjolkan diri sebagai hero di dalam parti sendiri dan bukannya membuat ceramah berbaur menghasut.

Apabila DAP bersama dengan PAS dan mereka membaca hadis serta firman, Nik Amar mengeluarkan kenyataan itulah hebatnya kesan berkawan dengan PAS, kafir pun boleh menjadikan Quran dan Hadis sebagai rujukan dan boleh membaca terjemahannya. Ketika mempertahan dan menghalalkan perbuatan tersebut, Nik Amar dengan jelas mengeluarkan kenyataan bahawa tujuan utama adalah mengalahkan UMNO-BN.

Lihat kembali apa yang PAS buat ketika wakil rakyat DAP mula menggunakan masjid untuk tujuan politik. Siapa sebenarnya menjadikan isu-isu sebegini sebagai modal menarik pengundi?

Kini PAS terperangkap dengan strategi menunggang agama yang mereka ciptakan sendiri.

Pihak berkuasa perlu lebih tegas terhadap kenyataan PAS apabila melibatkan penggunaan hadis dan firman.

Tafsiran taat kepada ‘ulil amri’ pun PAS ingin politikkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *