May 18, 2024

Perikatan Nasional berbohong kepada peneroka FELDA di dalam isu hutang.

Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan janjinya untuk melupuskan hutang peneroka ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan pada waktu yang sama kepimpinan PAS juga berada di dalam kabinet.

Muhyiddin hanya mengumumkan usaha untuk pelupusan hutang peneroka kepada FELDA tetapi tiada perjanjian bertulis dengan FELDA untuk menunaikan komitmen tersebut.

Muhyiddin berjanji akan membayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun dan sepatutnya sudah mula bayar pada tahun 2022 namun ianya tidak berlaku.

Akhirnya Kerajaan Madani membayar RM1 bilion setahun kepada FELDA sebagai komitmen penyelesaian hutang FELDA tersebut dan ini membolehkan FELDA terus menerus membantu peneroka.

Apa yang PAS buat untuk peneroka FELDA? Menghasut peneroka membenci kerajaan pusat dengan tafsiran ayat Quran dan hadis?

Bukan sedikit jasa UMNO-BN kepada peneroka FELDA di seluruh negara yang majoritinya adalah Melayu dan bumiputra. Dari tidak mempunyai apa-apa kepada tahap keberadaan hari ini.

Mahathir sendiri pernah ingin swastakan FELDA namun kepimpinan UMNO tidak bersetuju. Hari ini beliau muncul untuk menjadi hero kepada bangsa Melayu? Bayangkan jika hasrat Mahathir ingin swastakan FELDA berjaya, apa jadi dengan nasib orang Melayu dan Bumiputra.

Anda perhatikan di sepanjang siri kempen pilihanraya kecil DUN Pelangai. PAS tidak berceramah tentang isu peneroka, isu hutang peneroka dan isu pembangunan peneroka. Sebaliknya PAS lebih cenderong berceramah memfitnah Perdana Menteri, memutarbelit penubuhan kerajaan perpaduan, memburuk dan memfitnah UMNO-BN dengan DAP serta mengelirukan warga Pelangai dengan tafsiran politik terhadap Quran dan Hadis.

PAS cukup takut bercerita tentang sejarah bagaimana UMNO-BN menubuhkan FELDA bagi mewujudkan “warga peneroka” dan membantu meningkatkan ekonomi mereka dari “tiada apa-apa” kepada tahap sekarang.

Generasi peneroka seterusnya wajar mengambil iktibar tentang sejarah kehidupan ini. Bukan suatu yang mudah kerana di seluruh dunia, hanya di Malaysia sahaja adanya FELDA dan peneroka seumpamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *