May 18, 2024

“Tiada UMNO maka tiadalah peneroka Felda”, itulah hakikat sebenarnya dan jasa ini cuba dilenyapkan oleh musuh politik UMNO kerana ianya jasa yang terlalu besar.

Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak yang bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan tetapi lebih besar daripada itu iaitu membuka lembaran baru bagi kehidupan rakyat terutamanya Melayu dan bumiputra.

Tun Razak yang juga Presiden UMNO kedua mewujudkan tanah rancangan Felda bagi membantu mereka yang dhaif dan tidak berharta bagi memulihkan ekonomi keluarga dengan skala yang besar. Dengan kata lain, bangsa Melayu dan bumiputera yang tidak mempunyai apa-apa diberi peluang kedua untuk sama-sama merasai kemakmuran negara hasil dari pentadbiran kerajaan UMNO-BN.

Legasi membantu warga peneroka Felda diteruskan oleh Perdana Menteri ke-6 yang juga anak kepada Tun Razak iaitu Najib Razak.

Najib meletakkan FELDA di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), sekali gus banyak mengadakan pelbagai program dan menyediakan insentif kepada peneroka termasuk kepada generasi kedua. Fakta dan kebenaran ini tidak boleh dinafikan namun cuba dilenyapkan agar jasa besar UMNO-BN kepada warga peneroka Felda dilupakan oleh generasi seterusnya.

Jadi apa rekod jasa PAS kepada warga peneroka Felda? Ketika wakil PAS yang menjadi menteri di dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin, apa mereka buat?

Isu kononnya melupuskan hutang Felda berjumlah RM 8.3 bilion juga PAS dilihat bersekongkol dengan Muhyiddin. Kenapa PAS tidak jujur dan menutup mulut di dalam isu pelupusan hutang peneroka kepada Felda?

Menurut Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan janjinya untuk melupuskan hutang peneroka.

Beliau berkata, kerajaan pada 2021 hanya mengumumkan usaha untuk pelupusan hutang peneroka kepada FELDA, tanpa ada perjanjian bertulis dengan FELDA untuk menunaikan komitmen itu.

“Dulu Muhyiddin semasa jadi Perdana Menteri kata kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya sudah mula bayar 2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh-jatuh. Ia hanya janji, tapi tak laksana.

“Sebab tak ada hitam putih dengan FELDA untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu. (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, (di bawah) Kerajaan Perpaduan baru-baru ini putuskan penyelesaian.

“Buat Perjanjian dengan FELDA untuk selesaikan sukuk. Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada FELDA untuk selesaikan hutang itu. Alhamdulillah FELDA lega dan boleh bantu lagi peneroka,” kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek lagi.

PAS sehingga ke hari ini menutup kebenaran ini kerana mereka sedar mereka tiada apa jasa kepada warga peneroka Felda selain membuat replika “wau bulan” setiap kali adanya pilihanraya.

Terlalu besar jasa UMNO-BN kepada kehidupan para peneroka. Dan jika ingin “membunuh Felda” maka perlu membunuh UMNO terlebih dahulu.

Kepada warga Pelangai, ingat dan sedarlah bahawa di dalam dunia ini Malaysia satu-satunya ada FELDA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *