May 19, 2024

PRK Dun Pelangai: PAS Mulakan Dengan Menunggang Persatuan Silat

Kecoh dan mula menjadi buah mulut warga Pelangai, Pahang apabila PAS cuba menonjolkan calon mereka, Kasim Samat kononnya sebagai orang kuat Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia.

Pasukan siber PAS mula berbohong dengan menjenamakan beliau sebagai Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia sedangkan beliau hanya berjawatan di peringkat negeri sahaja.

Hakikatnya Kasim hanyalah antara gurulatih silat sahaja dan bukannya bertaraf “Mahaguru”. Malah beliau bukan juga berpangkat Guru Silat yang boleh memberi tauliah atau mengetuai upacara tamat latihan seperti “mandi minyak” bagi sesetengah persilatan yang ada di Malaysia. (Tidak pasti samada berjawatan Pengerusi Negeri bersamaan dengan taraf seorang “Mahaguru”).

Menjadi perdebatan hangat di warung kopi di dalam kawasan Felda kerana silat dan juga seumpamanya adalah alat atau aktiviti untuk penyatuan masyarakat dan jika elemen politik mula dimasukkan maka persatuan tersebut bakal musnah.

PAS kali ini menghadapi masalah di dalam mengenengahkan calon mereka. Calonnya bekas seorang guru yang begitu lama berkhidmat di luar Pelangai. Kasim pulang ke kampung halamannya ketika usia persaraan semakin hampir dan bukan balik ke sarang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Penyokong PAS sentiasa ditipu, mana calon orang muda? Atau PAS hanya inginkan undi dari orang muda?

Jauh bezanya dengan calon BN. Teliti biodatanya dan anda sebagai pengundi boleh mengharapkan beliau untuk 5 tahun akan datang.

Jangan menunggang agama, menunggang rakyat dan menunggang persatuan silat untuk poket sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *