May 18, 2024

SEJARAH tercipta malam tadi apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia telah berlangsung buat pertama kalinya di Menara Dato’ Onn, WTC Kuala Lumpur.

Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim malam tadi turut dihadiri pimpinan utama parti-parti yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan.

Beberapa hari sebelum itu, UMNO terutamanya Presiden parti, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikecam hebat oleh geng broker dengan pelbagai tuduhan termasuk “UMNO sudah tergadai maruah kerana membenarkan Anwar dan DAP masuk ke WTC”, “Zahid sedang menjual UMNO” dan pelbagai lagi persepsi buruk yang direkayasa.

Geng broker tidak boleh terima kenyataan bahawa kerajaan perpaduan mengiktiraf UMNO sehinggakan mengambil keputusan menjadikan WTC sebagai tempat sektariat Mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Berbeza dengan Muhyiddin Yassin yang hanya mengiktiraf Ismail Sabri serta kelompoknya sahaja dan bukannya UMNO secara kolektif ketika beliau menjadi PM kerajaan tebuk atap.

Apa yang berlaku semalam menunjukkan pengiktirafan penting pada UMNO-BN dan tahap kerjasama merentasi fahaman politik.

Rakyat juga akan melihat betapa kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan matang di dalam politik dan sedang memberi fokus untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan rakyat.

Rata-rata ahli mengucapkan tahniah kepada Zahid dan barisan kepimpinan UMNO-BN kerana pantas membuat keputusan menjadikan WTC sebagai tempat sektariat kerajaan perpaduan.

Ini kali kedua Zahid dengan rendah diri menjadikan WTC sebagai pusat penyatuan kepelbagaian parti. Kali pertama adalah tempat sektariat Maufakat Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *