May 18, 2024

WAWANCARA eksklusif terbaharu Ismail Sabri bersama kumpulan media Utusan Malaysia mungkin panjang lebar tetapi yang disebarkan untuk tujuan perang saraf melagakan kepimpinan UMNO adalah mengenai kekecewaan beliau terhadap pemimpin UMNO.

Ismail silap besar membuat penafsiran bahawa pemimpin dan ahli UMNO mendesak beliau dengan memberi tekanan tanpa saluran yang sepatutnya dan Ismail kecewa kerana Kerajaan Perpaduan tidak pula ditekan seperti yang beliau alami.

Ismail berbohong dan cuba mengalihkan kesilapan besar yang beliau lakukan sepanjang beliau menjadi PM9.

Bohong 1: Pemimpin dan ahli UMNO hanya membuat desakan supaya Ismail membubarkan parlimen ketika sokongan rakyat mula condong kembali kepada UMNO-BN. Penanda arasnya adalah UMNO-BN menang di 7 pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri dengan majoriti yang amat besar.

Ismail seperti ada agenda sulit dengan Muhyiddin apabila dilihat secara terang-terangan melengahkan masa sehinggakan beliau bersandiwara di Perhimpunan Agung UMNO 2021 dengan mengatakan tidak akan melengahkan masa pembubaran parlimen walaupun sesaat. Hakikatnya sudah terlambat kerana musuh UMNO-BN sudah bersedia dengan kewangan yang terlalu banyak. Adakah Ismail sengaja melewatkan PRU15 demi memberi ruang kepada parti Muhyiddin bersedia dengan kecukupan dana pilihanraya yang terlalu besar?

Bohong 2: Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan Muhyiddin hanya bersifat sementara dan mendapat perkenan YDPA atas dasar meredakan polemik politik negara yang dilihat tidak stabil. Sepatutnya apabila Ismail menjadi PM9, ketika pandemik covid19 sudah mula dapat dikawal maka terus serahkan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

Beza kerajaan perpaduan hari ini dengan kerajaan tebuk atap Muhyiddin dan kerajaan keluarga Malaysia Ismail Sabri adalah kerajaan perpaduan mendapat mandat dari rakyat dan YDPA bertitah supaya kerajaan bersifat perpaduan ini diwujudkan melalui gabungan beberapa parti politik.

Bohong 3: Ismail mengharapkan pemimpin dan ahli UMNO menyerang kerajaan sekarang tetapi Ismail sendiri sedar bahawa kerajaan perpaduan ini baharu saja dibentuk maka jelas niat Ismail supaya pemimpin UMNO-BN yang berada di dalam kabinet hari ini dilihat tidak sehaluan dengan komponen lain di dalamnya.

Ismail Sabri dilihat lantang mengkritik kepimpinan UMNO sejak dari awal penyertaan UMNO-BN di dalam kerajaan hari ini. Beliau cuba meremehkan kedudukan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya sebagai TPM sedangkan beliau adalah berjawatan Perdana Menteri.

Ismail bertambah celaru apabila kesemua pemimpin yang dipecat dan digantung adalah rakan satu geng dengannya, “geng budak Muhyiddin”.

Mungkin Ismail cuba mengalihkan perhatian ahli UMNO terhadap kelemahan dan kesilapan ketara beliau ketika menjadi PM9 dan sebagai Poster Boy PRU15 maka hampir saban hari beliau “menyerang” kepimpinan utama UMNO.

Sehingga sekarang, kesemua wawancara Ismail dan juga kenyataannya hanyalah bersifat mengkucar-kacir UMNO seolah beliau berniat agar UMNO akan kalah pada pilihanraya di beberapa negeri lagi dalam masa terdekat.

Lihat bagaimana beliau berwawancara dengan media Utusan Malaysia yang jelas tidak pro UMNO. Siapa yang buat sidang ini? Ismail atau Utusan Malaysia atau berpakat untuk terus menerus menyerang UMNO?

Poster Boy BN paling lemah dalam sejarah adalah Ismail Sabri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *