May 18, 2024

SAMADA KJ merancang bersendirian atau bersama dengan stesen radio Hot FM, biarlah ahli UMNO yang menilaikannya sendiri.

Khabarnya segmen KJ adalah menjemput kepimpinan UMNO BN dari pelbagai peringkat sebagai tetamu undangannya untuk diwawancara.

Sudah tentu boleh dijangka apakah soalan dan jawapan yang bakal dihidangkan kepada pendengar Hot FM.

Itulah jawapan sebenarnya kenapa KJ memilih untuk menjadi Dj. Bukan kerana mengejar gaji yang lumayan tetapi lebih kepada dendam peribadinya terhadap Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah sekali gus KJ yang telah dipecat dari UMNO akan menjadikan UMNO sebagai sasaran utama dan fokus beliau ketika ini adalah untuk memastikan UMNO BN kalah di pilihanraya DUN di beberapa negeri tidak lama lagi.

Secara logiknya, radio Hot FM mesti mempunyai garis panduan khas untuk stesen radio mereka dan mungkin kali ini stesen radio Hot FM melihat KJ boleh dipergunakan untuk menaikkan rating mereka bagi menarik pelanggang menggunakan saluran radio itu untuk mempromosi produk mereka?

Atau KJ dan Hot FM saling mempergunakan?

Memang benarlah, geng broker pro Muhyiddin berniat untuk hancurkan UMNO dengan apa juga cara sekali pun.

Lihat saja nanti siapakah pemimpin UMNO yang bakal menjadi tetamu KJ nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *