May 18, 2024

“Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu, tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia UMNO habis duit di Sabah, tak cukup duit. Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu UMNO Sabah” kata Annuar Musa dalam video yang dimuat naik dua hari selepas PRU15.

Kalau dikira, inilah pengakuan yang bersejarah dari seorang bekas pemimpin UMNO berhubung bagaimana beliau kononnya berikhtiar mencari wang untuk dana pilihanraya negeri Sabah. Pengakuan yang dirakam dalam bentuk video ini tersebar luas dan apa yang menjadi tandatanya sehingga sekarang adalah, Muhyiddin belum diambil tindakan dan Annuar Musa juga seperti tiada tindakan lanjut ke atasnya berikutan pengakuan ini.

Mudah dan cepat, itulah yang boleh digambarkan bagaimana senangnya Annuar Musa mendapat dana pilihanraya. Tidak perlu bersusah payah berjumpa tokey besar atau sumbangan dari Arab, cukup hanya ke bilik tidur Muhyiddin dan berpuluh juta ringgit diberi untuk membantu UMNO.

Adakah ini sebuah kisah dongeng?

Adakah sulit bagi SPRM untuk menyiasat kes yang begitu terbuka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *