May 18, 2024

BAGAIKAN pesta mabuk geng broker dan geng PN bersorak sakan di setiap status yang memaparkan berita medium internet tentang keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Tinggi) menolak permohonan pemulangan pasport bersifat kekal Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kenapa masih tidak matang? Jangan jadikan mahkamah gelanggang politik murahan.

Sebagai yang kena dakwa, seseorang itu boleh menggunakan hak mereka semaksima yang mungkin termasuklah Dato Seri Dr Ahmad Zahid. Beliau memohon untuk dikembalikan pasport secara kekal tetapi mahkamah meluluskan hanya bersifat sementara dan diluluskan untuk menukar status pasportnya kepada yang berklasifikasi “diplomatik” bagi menyenangkan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini bukan kali pertama seorang bertaraf pemimpin negara yang sedang berhadapan dengan kes di mahkamah mendapat kebenaran sedemikian.

Anwar Ibrahim pernah memohon kebenaran ke luar negara ketika kesnya sedang berjalan dan hakim hanya meluluskan pemulangan pasport bersifat sementara sahaja atas alasan perubatan.

Janganlah menjadikan keputusan hakim sebagai alat politik untuk meraihkan sokongan sahaja. Menyokong dan memuji mahkamah apabila sesuai dengan “selera tekak” kita sahaja. Dan apabila tidak selari dengan kehendak kita maka dituduhnya mahkamah itu berat sebelah dan sebagainya.

Politik era kini adalah politik matang. Boleh membezakan antara kes yang benar dengan kes terpilih kerana konspirasi politik.

Yang penting, setiap kes diberi keadilan yang sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *