May 18, 2024

INDEKS persepsi rasuah negara menunjukkan penarafan yang tidak baik kepada mata dunia dan ini menjejaskan minat pelabur asing untuk datang melabur.

Malaysia berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021.

Indikasi sebagai sebuah negara yang bahagia di dunia(Nombor 35) juga bukan penanda aras dan faktor yang boleh menarik pelabur luar untuk datang menanam modal di sini.

Persepsi buruk timbul sebaik sahaja keputusan pilihanraya umum ke-15 baru-baru ini adalah kerajaan hampir terbentuk dengan aktiviti jenayah merasuah pengundi.

Kesan yang amat buruk sekiranya sesebuah kerajaan terbina hasil daripada merasuah pengundi. Tiada jaminan keamanan dan paling parah, ekonomi negara dan rakyat tidak akan berada di dalam keadaan stabil. Golongan hartawan akan memanipulasi sistem pentadbiran negara dan golongan miskin akan terus terhimpit.

Agensi yang bertanggung jawab mengendalikan perjalanan pilihanraya seperti berlengah untuk lakukan siasatan berikutan tersebarkan klip video dan foto pengundi menerima rasuah sewenangnya.

Badan pencegah rasuah dan pihak polis sepatutnya lebih awal bertindak tanpa menunggu laporan dari mana-mana pihak kerana undang-undang ada memperuntukan tangkapan tanpa laporan rasmi dari orang awam. Pihak yang terlibat dikatakan telah menghilangkan diri dan sehingga sekarang belum ada tangkapan dibuat.

Kerajaan perlu bertindak pantas. Sekiranya wujud salah laku di dalam agensi berkenaan maka agensi yang bertanggung jawab perlu distrukturkan segera dan pihak yang bersekongkol wajib dikenakan tindakan.

Negara tidak boleh diperintah oleh manusia yang membeli sokongan. Malaysia bukan sebuah negara yang diperintah oleh kartel atau mafia yang berselindung di sebalik badan politik.

Hampir RM5 bilion wang rasuah beredar untuk membeli undi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *