May 19, 2024

AHLI Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira telah mengesahkan untuk menawarkan diri bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia bagi penggal ini.

Dira juga dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka sejak Disember 2021.

Dira juga adalah Ketua Puteri UMNO Jasin dan juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin dan memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Beliau merupakan satu-satunya Ketua Puteri UMNO berjawatan wakil rakyat yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

“Insya allah saya akan gariskan akurjanji saya sekiranya saya diberi amanah sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia”. Jelas Dira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *