May 18, 2024

SEMAKIN terserlah dan terbuka bahawa Ismail Sabri membawa suara Muhyiddin apabila bercakap isu masa depan UMNO BN.

Dalam kenyataan terkini dari Ismail Sabri, beliau cuba mengelirukan ahli UMNO dengan mendakwa keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan adalah salah seolah-olah mengharapkan undi DAP pada masa akan datang untuk UMNO menang dan bukannya dari undi Melayu.

Ismail dilihat sengaja memesongkan fakta sebenar kenapa UMNO BN berada di dalam kerajaan sekarang.

Tidak ada satu pun kenyataan dari Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berhubung kerjasama dengan mana-mana parti atau blok pada masa akan datang termasuk PRU16. Malah di perhimpunan agung UMNO 2022 yang baru selesai juga tidak ada agenda mengesahkan bahawa UMNO akan terus menjalinkan hubungan dengan Pakatan Harapan atau mana-mana blok parti politik yang lain.

Kenapa Ismail dilihat terus menerus menyerang kepimpinan UMNO yang mana beliau sendiri turut berada di dalamnya sebagai Top 5?, adakah kerana Ismail kecewa hasrat Muhyiddin tidak tercapai?

PRU16 masih jauh di hadapan. Tugas kepimpinan utama UMNO adalah menguatkan kembali UMNO supaya keyakinan rakyat kepada UMNO BN dapat dikembalikan dengan segera. Bukan tugas Naib Presiden mengkucar-kacirkan pemikiran ahli sendiri dan membingungkan rakyat dengan kecelaruan kenyataan yang tidak berasas.

Ismail gagal menjalankan tugas PM bagi pihak UMNO BN, beliau lebih condong menjadi budak Muhyiddin. Banyak perkara Ismail tidak berterus terang terutama isu “perjanjian iblis” antara beliau dan Muhyiddin, adakah benar wujud perjanjian tersebut?

Majlis Kerja Tertinggi UMNO melalui Lembaga Disiplin wajar memanggil Mukhriz Mahathir sebagai saksi untuk membantu berhubung dakwaan Mukhriz Mahathir bahawa Muhyiddin menuntut sejumlah besar peruntukan dari Ismail. Menurut Mukhris, nilainya lebih RM7 bilion.

Atau, Majlis Kerja Tertinggi UMNO perlu membuat laporan polis merujuk kepada pengakuan Mukhriz itu. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan sekiranya wujud salah laku Ismail di sepanjang beliau menjadi PM9.

“Budak-budak” Ismail pun dikatakan ada yang menipu, betulkah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *