May 18, 2024

TERUK Majlis Ulama UMNO diserang dengan cara memperlekehkan tujuan penubuhan dan juga mengaitkan Pengerusi Majlis Ulamak UMNO, Datuk Dusuki Ahmad dengan Mahathir. Beliau juga popular dengan gelaran Ustaz Dusuki.

Ustaz Dusuki adalah bekas setiausaha politik Mahathir dan masih setia dengan UMNO. Geng broker cuba memburukkan nama baik beliau kononnya ejen Mahathir. Hakikatnya Ustaz Dusuki telah berjaya membuktikan bahawa beliau wala’ kepada parti dan pemimpin, bukannya taksub kepada pemimpin.

Kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpin selagi pemimpin tersebut tidak membawa kemudaratan kepada parti, ini yang cuba dipesongkan oleh geng broker yang wala’ mereka hanyalah kepada wang ringgit sebagai habuan.

Keputusan majoriti perwakilan di perhimpunan agung UMNO 2023 yang lalu adalah amat tepat. Usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada penggal ini berjaya mengekang usaha geng broker pro Muhyiddin merosakkan UMNO.

Dengan jumlah wang yang terlalu banyak jumlahnya di dalam bilik tidur Muhyiddin seperti yang akui oleh Annuar Musa, UMNO bakal hancur dikerjakan oleh geng broker. Sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan dari pihak UMNO sendiri mahu pun badan pencegah rasuah, SPRM. Apa lagi yang ditunggu kerana tuan penerima wang telah mengaku?

Untuk hancurkan UMNO, cara paling mudah adalah dari dalam dan melalui kepimpinan tertinggi.

Yang mati bukannya demokrasi tetapi cita-cita geng broker untuk kuburkan UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *