May 18, 2024

GAMBAR Ismail Sabri duduk dan tidak bersetuju usul pemilihan presiden, timbalan menjadi perdebatan antara ahli UMNO.

Geng broker pro KJ dan Hisham mula menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan Ismail Sabri tidak bangun apabila proses pengundian berjalan.

Tidak bangun bermaksud Ismail Sabri tidak bersetuju dengan usul supaya tiada pertandigan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Sebelum ini tersiar gambar menunjukkan Ismail Sabri turut berdiri menyatakan sokongan terhadap usul tersebut.

Ismail Sabri dikritik hebat oleh ahli UMNO apabila beliau didapati berdiri bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi tanda bersetuju tetapi selesai sahaja PAU, beliau membuat kenyataan di hadapan media bahawa PAU2022 melanggar perlembagaan parti. Ini seolah-olah Ismail Sabri adalah seorang pemimpin yang tidak kekal pendiriannya.

Mungkin juga tim siber truper Ismail yang menyebarkan gambar tersebut bagi memperbetulkan keadaan bahawa Ismail berasama dengan kumpulan yang tidak bersetuju dengan usul tambahan itu.

Sejak tidak lagi menjadi PM, banyak isu yang ditimbulkan berkait dengan Ismail termasuk kerenah pegawai-pegawainya termasuk Setiausaha Politiknya, Syed Fazmi, dan KSUS Datuk Nazimah.

Syed Fazmi dengan dakwaan terlibat dengan konspirasi memenjarakan Najib Razak dan Nazimah dengan kisah kekayaan melampau dan kini dikatakan berada di London.

Beberapa pegawai lagi dikatakan berada di dalam radar pihak berkuasa atas dakwaan menipu dan melarikan bajet?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *