May 18, 2024

SKANDAL rasuah yang sedang disiasat oleh SPRM dengan melibatkan jumlah RM92.5 bilion merupakan jenayah rasuah dan salah guna kuasa terbesar di dalam sejarah Malaysia.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil bahawa Muhyiddin perlu bersedia untuk memberi keterangan kepada SPRM memandangkan tangkapan dan reman telah dibuat oleh agensi tersebut terhadap suspek jenayah yang juga merupakan sepupu kepada menantu Muhyiddin sendiri.

Tambah Isham lagi, bukan sahaja SPRM telah bertindak terhadap skandal penyelewangan projek pakej rangsangan ekonomi untuk rakyat yang bernilai RM92.5 bilion, SPRM juga sedang giat menyiasat kes rasuah pengundi oleh Perikatan Nasional, kes menantu Muhyiddin yang dianugerahkan kontrak kerajaan bernilai RM1.16 bilion secara rundingan terus dan projek tebatan banjir yang melibatkan kos RM15bilion juga melalui rundingan terus.

Isham juga mempersoalkan kenapa Muhyiddin bebas ke sana-sini termasuk ke luar negara sedangkan kes yang sedang disiasat membabitkan nilai yang begitu besar dalam sejarah negara? Isham mengatakan bekas PM Najib Razak dirampas paspotnya dan dilarang keluar negara sebaik sahaja PRU14 kerana kes RM2.6 bilion.

Tegas isham, adakah Muhyiddin tidak mahu menjawab skandal rasuah sebesar ini? Sibuk sangatkah beliau ke luar negara bercuti dan melayan delegasi asing yang datang untuk makan malam?

Muhyiddin perlu memberi penjelasan kepada rakyat, jangan pergi ke luar negara lagi kerana tiada siapa boleh lari dari pengadilan, tegas Isham Jalil lagi.

Malah Isham menambah bahawa PM Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini menyebabkan kerajaan mengalami kerugian besar RM10 bilion akibat kelemahan dan ketirisan.

“Tan Sri Muhyiddin silalah bersedia, sesiapa yang terlibat tidak akan terlepas” kata Isham.

Rakyat inginkan penjelasan supaya dapat merungkaikan kekeliruan berhubung projek yang bernilai berbilion ringgit itu. Adakah ianya diberikan ketika Muhyiddin menjadi PM sahaja atau ada projek yang diberikan melalui rundingan terus di zaman Ismail Sabri juga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *