May 18, 2024

Keputusan dari undian perwakilan memilih untuk menyokong tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan adalah bukti bahawa perwakilan menolak agenda geng broker.

Agenda geng broker amat jelas, menghancurkan UMNO dari dalam. Geng broker menggunakan naratif bahawa UMNO menidakkan proses demokrasi. Geng broker hampir berjaya mengelirukan ahli UMNO selain menjadikan Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai medan perbalahan sesama perwakilan dan media pro Muhyiddin menunggu untuk memanaskan keadaan. Biar UMNO bertelagah daripada UMNO bersepakat dan bersolidariti.

Kalau UMNO tidak demokrasi, proses undian oleh perwakilan pun tidak akan berlangsung.

Geng broker terpaksa menggunakan tipu helah dengan menyebarkan video edit kononnya wujud perwakilan hantu dan mula mengelirukan ahli kononnya PAU2022 melanggar perlembagaan UMNO.

KJ jadi barua sebarkan video fake dan Ismail jadi badut kononnya UMNO melanggar perlembagaan. Hishammuddin tidak berbuat apa-apa kerana kali ini dialah ‘Sivaji The Bos’.

Geng broker tidak akan berhenti dengan serangan di PAU2022, mereka tidak akan berhenti selagi UMNO tidak melutut kepada Muhyiddin.

Bagi geng broker, tindakan 10 ahli parlimen BN yang lari kepada Muhyiddin adalah wira sejati UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *