May 18, 2024

AHLI UMNO cuba dikelirukan dengan kenyataan bahawa tiada salahnya menyokong Muhyiddin.

Hishammuddin dan Hasni walaupun membuat kenyataan di tempat dan masa berbeza namun mereka sependapat bahawa tidak ada salahnya perlakuan 10 ahli parlimen BN yang melutut kepada Muhyiddin.

Bagaimana mereka berdua boleh berfikiran begini sedangkan kesemua calon BN wajib menandatangani akuan bersumpah dan bersetuju menyerahkan kuasa kepada presiden parti untuk membuat keputusan yang terbaik untuk parti. Turut dipersetujui adalah konsensus secara en-bloc dan bukannya senyap-senyap belot kepada solidariti parti.

Perbuatan menikam belakang oleh 10 ahli parlimen boleh dianggap menjual maruah diri dan cuba bersubahat dalam keadaan sedar dengan Muhyiddin.

Ahli UMNO cuba dihidangkan dengan fakta karut bahawa perbuatan jahat mereka ini tiada salahnya. Menjual parti secara senyap-senyap itu tindakan untuk selamatkan parti?

Apa yang Muhyiddin janjikan kepada Hishammuddin dan bekas menteri besar Johor itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *