May 18, 2024

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak layak membawa usul ekonomi memandangkan beliau sendiri gagal sebagai Menteri Kewangan ketika memegang portfolio tersebut. Kalau setakat merapu semata-mata juaranya memanglah Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini beliau telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesanya membawa usul perbahasan masalah ekonomi negara apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini. Malah Anwar juga mencadangkan agar memberi laluan kepada beliau selaku ketua pembangkang untuk mengemukakannya.

Dua isu yang perlu diberi perhatian ialah kenaikan kos barangan, dan kejatuhan ringgit. Perkara ini sememangnya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Dan kerajaan Ismail Sabri sedang melaksanakan langkah-langkah untuk mengatasi perkara ini.

Ringgit menjunam ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS yang mengalami peningkatan berikutan kenaikan kadar faedah.

Pelbagai faktor termasuk kejatuhan nilai mata wang dan perang di Ukraine TURUT memberi kesan berpanjangan terhadap harga barang.

Di bawah peraturan parlimen, urusan kerajaan diutamakan – yang bermaksud perdana menteri boleh menjadikan perbahasan krisis ekonomi sebagai agenda dalam dewan daripada membahaskan rang undang-undang kerajaan. Kerajaan juga boleh memutuskan untuk memberi laluan kepada ahli parlimen untuk membawa perkara untuk dibahaskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *