May 18, 2024

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia merupakan perkara yang disebut dalam perlembagaan dengan jelas. Kerukunan pelbagai kaum juga diterjemahkan dalam satu bahasa.Kepelbagaian etnik dan perbezaan keturunan dapat disatukan dengan kemakmuran bahasa yang satu disamping tidak menenggelamkan bahasa ibunda setiap rakyat.

Selama ini kita kagum dan bangga bila mendengar kawan bangsa Tiong Hwa kita petah dan fasih berbahasa Melayu. Kita rasa bangga dan kagum bila rakan India kita fasih dan cekap berbahasa Melayu. Inikan pula mendengar ucapan seorang Perdana Menteri yang mewakili Malaysia berpakaian Baju Melayu dan menyampaikan ucapan di pentas dunia didalam Dewan PBB dalam bahasa Malaysia. Sudah pasti saya bangga dan amat kagum walau terpaksa menunggu jam 4 pagi  waktu Malaysia.

Kejayaan YAB PERDANA MENTERI DS Ismail Sabri Yaakob membawa Bahasa Malaysia untuk didengari dunia bukan satu kejayaan yang biasa dan kecil. Ianya satu penganugerahan tertinggi kepada martabat dan kedudukan Bahasa Malaysia dimata dunia.

Terbukti pemimpin terdahulu tidak berkesempatan memperjuangkan bahasa sampai ketahap ini tetapi DS Ismail Sabri telah terbukti berjaya mengotakan janji beliau dalam memertabatkan bahasa dan bangsa. Ini merupakan permulaan kepada kejayaan seterusnya dalam meperkasakan bahasa kita.

Membawa suara Malaysia dan membuat pendirian tegas Kerajaan Malaysia terhadap beberapa isu global terutama soal penyalahgunaan kuasa VETO dan kepentingan demokrasi sebenar yang harus dimainkan PBB menjadikan Malaysia antara negara membangun yang berani bersuara dan mendapat pengikhtirafan dunia. 

Ianya harus diaraikan oleh setiap warga negara yang mencintai Bahasa Rasmi Negara tanpa mengira sempadan kaum ,etnik dan agama. Ini merupakan kejayaan rakyat Malaysia.

Hari ini kita boleh berbangga dengan Bahasa Malaysia. Hari ini kita harus menjadikan Bahasa Malaysia sebagai satu bahasa yang mampu dan akan menyatukan segala perbezaan kaum dan agama agar negara tidak digugat dengan perpecahan kaum yang pernah dilakukan ketika 22 bulan PH memerintah negara.

Tahniah dan Syabas kepada YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA. Kita sebagai #KeluargaMalaysia turut bangga dan pasti meraikan kejayaan ini bersama.

Datuk Hj Zaluzi Sulaiman

Ketua Bahagian UMNO 

Pengkalan Chepa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *