May 18, 2024

BANGSA Melayu Islam sangat mengalu-alukan kewujudan Muafakat Nasional namun mereka amat kecewa apabila ianya dihancurkan oleh segelintir pemimpin PAS yang dilihat sangat tamak kuasa dan hilang pertimbangan dalam menjaga kemaslahatan ummah.


Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan merangkap Ketua UMMO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Haji Zawawi bin Haji Othman mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas ucapan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Tahun 2021 yang berlangsung pada 18 dan 19 Mac 2022.

Beliau yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri dan keseluruhan ahli UMNO Negeri Kelantan amat berdukacita atas keruntuhan Muafakat Nasional (MN) yang didirikan dengan linangan air mata selepas lebih 30 tahun bersengketa.

Didalam ucapan perwakilan di PAU baru-baru ini, beliau dengan rasa berat hati terpaksa melabelkan mereka yang telah memecah belah dan menjahanamkan pemuafakatan yang terbina diatas prinsip Melayu dan Islam dengan perkataan 3 jahanam.

Beliau amat menghormati YAB Datuk Menteri Besar Kelantan, YB Datuk Timbalan Presides PAS, YB Nik Abduh bin Nik Mat serta sayangkan seluruh Ahli Pas yang begitu menghayati perjuangan BN namun beliau begitu kecewa dengan sikap dan ucapan-ucapan yang dimainkan oleh YB Datuk Presiden PAS, YB Datuk Nik Amar serta YAB Datuk Sanusi Menteri Besar Kedah.

Selepas MN terbina, Zawawi menginsafi bahawa di Pasir Puteh PAS memenangi kesemua kerusi dalam PRU14 dan UMNO akur semua kerusi Parlimen dan DUN adalah hak mutlak PAS pada PRU 15 nanti. Oleh sebab itulah, beliau meminta supaya semua aktiviti UMNO yang berkaitan dengan aktiviti politik diberhentikan untuk memberi laluan kepada wakil rakyat PAS melaksanakan gerakerja selaras dengan persefahaman yang terbina antara UMNO dan PASmelalui MN dan menghormati persefahaman yang telah dimenterai.

Namun setelah merujuk kepada beberapa peristiwa dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS terutama 3 pemimpin yang dimaksudkan di atas maka, mulai sekarang beliau telah mengambil keputusan untuk menggerakkan semula jentera UMNO dengan matlamat. untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU 15 nanti.

Situasi ini diperkukuhkan lagi ekoran kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh YB Datuk Presiden PAS yang memberi gambaran betapa hinanya UMNO disisi pemimpin dan ahli PAS. Mereka langsung tidak mempedulikan perasaan pemimpin dan ahli UMNO yang pada awalnya agak sukar untuk menerima persefahaman yang terbina melalui MN. Gerakan yang direncanakan oleh beberapa pemimpin tertinggi PAS terutamanya YB Dato Presiden PAS sendiri telah menyebabkan perasaan kecewa dihati pemimpin UMNO.

Hancurnya Muafakat Nasional di Kelantan kerana Hadi Awang, Nik Amar dan Sanusi. Rakyat Kelantan tahu siapa yang merosakkan pemuafakatan UMNO dan PAS. Mereka sudah bersedia menghukum 3 jahanam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *