May 18, 2024

Kerajaan hari ini memansuhkan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Dengan pemansuhan keperluan berkenaan, katanya, sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini sebagai antara usaha menangani isu keselamatan makanan.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan secara terperinci tetapi kita setuju tadi tiada lagi AP untuk bahan makanan.

“Kita buka kepada sesiapa sahaja mengimport makanan ke negara ini.

“Kalau dulu ada bermacam-macam AP, mulai hari ini tiada AP diperlukan. Sesiapa sahaja boleh mengimport makanan untuk memastikan kita cukup bahan makanan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM Dirai”, di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *