May 18, 2024

Maszlee Malik sedar diri ditolak oleh rakyat. Namun beliau masih berharap agar dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 15. Kini beliau sedar bahawa untuk terus dipilih menjadi calon PRU15 maka beliau perlu mempopularkan diri walaupun terpaksa menipu.

Mangsa terbaru Maszlee kali ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. Baru-baru ini, beliau memalukan diri sendiri apabila menyerang PM Ismail Sabri dengan ciapan twitter miliknya. Serangan fitnah dengan menggunakan gambar yang diubah suai. Samada sengaja atau sebaliknya itu beliau sendiri yang tahu.

Maszlee Malik adalah antara contoh wakil rakyat yang teramat gagal. Tidak pasti beliau dipilih kerana ada PhD atau kerana beliau dilahirkan sebagai pemimpin masyarakat. Mahathir yang memilih beliau dan akhirnya apabila menjadi menteri, ideanya tidak memberi impak yang sepatutnya malah beliau adalah satu-satunya menteri yang dibuang oleh Mahathir ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan apabila menang pilihanraya umum ke 14.

Terbaharu, beliau mencuba nasib di bawah parti Anwar Ibrahim bagi kerusi DUN di pilihanraya negeri Johor baru-baru ini dan kalah. Itulah penanda aras penerimaan pengundi terhadap beliau walaupun beliau sekarang sebagai ahli parlimen Simpang Renggam.

Bukan sekadar terkenal dengan menipu dan membohongi pengundi dengan janji tol percuma tetapi hanya bertemu rakyat bila ada kepentingan peribadi.

Seorang yang tidak membawa cerminan pemegang PhD apabila suka membawa isu yang kabur, isu ‘fake’ dan masih kekal suka memfitnah.

Maszlee lupa, beliau ke Jepun hanya sekadar melawat tadika ketika beliau adalah menteri pendidikan dan beliau juga ke Amerika Syarikat mengiringi Mahathir selepas itu, apa yang rakyat dapat?

Rendahnya mentaliti wakil rakyat ini. Memalukan rakan-rakan wakil rakyat yang lain. Banyak perkara boleh dikongsi supaya memberi manfaat kepada rakyat dan negara, fitnah juga menjadi pilihan beliau untuk popularkan diri.

Cabaran untuk rakyat Malaysia kini adalah untuk membezakan diantara berita benar dan palsu. Jangan dipatuk oleh ular yang sama di lubang yang sama dua kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *