May 18, 2024

LONDON – Syarikat penerbitan majalah terkemuka, Reader’s Digest menghentikan penerbitannya selepas 86 tahun beroperasi berikutan tekanan kewangan.

Menurut laporan Daily Mail, penutupan operasi itu diumumkan sendiri Ketua Pengarangnya, Eva Mackevic.

Katanya, syarikat itu tidak dapat menahan tekanan kewangan serta landskap penerbitan majalah semasa.

Majalah ikonik itu, yang mengumpulkan wawancara dengan pemimpin dunia, pelakon legenda dan ikon muzik dalam hampir 1,200 terbitannya akan berhenti dijual serta-merta.

Penutupan itu berlaku 14 tahun selepas ia jatuh ke dalam pentadbiran kerana defisit dana pencen £125 juta (RM698.4 juta).

Reader’s Digest diasaskan di Amerika Syarikat pada tahun 1922 dan pertama kali diterbitkan di UK pada tahun 1938.

Pada tahun 2000 jumlah pengedaran di UK adalah sekitar satu juta salinan setiap bulan.

Pada 2014 selepas dijual oleh firma ekuiti swasta Better Capital dengan bayaran nominal kepada veteran media Mike Luckwell, hanya empat tahun selepas Better Capital membelinya daripada pentadbiran.

Better Capital mempunyai sedikit kejayaan mengubah Reader’s Digest yang bergelut dengan defisit dana pencen £125 juta (S$213 juta).

Edisi antarabangsa pertama diterbitkan di UK ialah pada 1938 di bawah moto ‘Article of enduring interest’.

Menjelang awal 1960-an terdapat 23 juta orang membaca salah satu daripada 40 edisi antarabangsa yang berbeza diterbitkan dalam 13 bahasa.

Majalah itu mempunyai sejarah berkempen yang panjang, seawal 1924 ia mencetak cerita yang mengaitkan penggunaan tembakau dengan kematian pramatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *