May 18, 2024

DAP menyifatkan Pang Sock Tao sebagai calon muda berkaliber yang boleh mewakili kerajaan perpaduan. (Gambar Facebook)

PAS memang terkenal dengan sebuah parti politik yang tidak berpendirian. Ada yang mengatakan bahawa PAS adalah contoh sebuah parti yang “benar-benar berpolitik”.

Jika bersama mereka, semuanya halal dan betul tetapi jika tinggalkan atau melawan mereka maka anda tunggulah kecaman dan fatwa karut yang bakal keluar dari mulut pemimpin mereka. Malah pengikut mereka akan turut menyumpah seranah.

Contoh mudah, apabila DAP bersama PAS maka Hadi Awang sendiri akan berkempen dengan laungan “undilah DAP” di pentas ceramah. Bila DAP menolak untuk bersama PAS maka pelbagai kutukan keluar dari mulut mereka termasuk pengikut taksub mula melabelkan DAP adalah kafir Harbi.

Pemahaman pengikut PAS ini bahaya. Samada beliau faham atau sengaja atau jahil dalam menakrifkan apa itu “Kafir Harbi dan Kafir Zimmi”.

Kafir Harbi adalah golongan kafir yang memerangi Islam dan kafir zimmi adalah golongan kafir yang bernaungan dan mengikut atau patuh di bawah pemerintahan Islam.

Mungkin pengikut PAS PN lupa bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Mohd Nassuruddin Daud telah menjelaskan bahawa DAP tidak pernah memerangi Islam, DAP umpama penyambung bagi sebatang galah yang tidak cukup panjang untuk mengambil buah dan beliau mengambil kisah bagaimana Nabi saw dibantu oleh kaum kuffar sebagai penunjuk jalan dan lain-lain(rujuk video).

PN mula melancarkan kempen memburukkan calon PH, Pang Sock Tao yang berbaju kurung dan bertudung ketika bertemu pengundi Melayu Islam dengan menjadikan Lee Kuan Yew sebagai contoh “tidak baik”, bersongkok hanya untuk meraih undi pengundi Melayu di Singapura.

Kempen melampau (Ghuluw) ini membuktikan Pas PN kehabisan modal. Itu sahaja cara mereka untuk mempengaruhi ahli UMNO dan pengundi Melayu Islam di Kuala Kubu Baharu. Hilang dalil “Tahaluf Siyasi” muncul pula “Bahalol Basi”

PAS PN lupa, Hadi Awang juga kerap kali dipakaikan selendang oren ketika hadir di majlis kaum Hindu. Boleh pula!

Apabila pemimpin PAS PN tidak menegur dan membiarkan walaun mereka menyerang membabi buta calon PH maka anda boleh menilai sendiri halatuju politik PAS PN.

Anihnya, apabila penyokong PAS PN yang kafir melaungkan takbir, mereka turut menyahut takbir tersebut. Hinanya Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *