May 5, 2024

Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci. - Foto REUTERS

JEDDAH: Istana Diraja Arab Saudi pada Rabu mengumumkan bahawa Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah untuk pemeriksaan kesihatan rutin.

Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam, lapor Saudi Press Agency (SPA), memetik kenyataan yang juga diterbitkan dalam akaun X rasmi Istana Diraja.

Kali terakhir baginda dimasukkan ke hospital adalah pada Mei 2022 bagi menjalani ujian kolonoskopi dan perubatan, lapor Gulf News (@gulfnews) di platform X. – BERNAMA-SPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *