May 18, 2024

Allahyarham Mooryati mendirikan syarikat Mustika Ratu pada 1978 yang menghasilkan produk kosmetik dan jamu yang menggabungkan sains dan warisan budaya. - Foto AGENSI

JAKARTA: Pengasas jenama kecantikan terkemuka Indonesia, Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo, meninggal dunia hari ini pada usia 96 tahun.

Dilahirkan pada 5 Januari 1928 di Surakarta, Jawa Tengah, Allahyarham Mooryati mendirikan syarikat Mustika Ratu pada 1978 yang menghasilkan produk kosmetik dan jamu yang menggabungkan sains dan warisan budaya.

Pemergiannya diratapi oleh industri kecantikan dan rakyat Indonesia yang menghormati jasanya dalam bidang kecantikan dan keusahawanan.

Presiden Joko Widodo menziarahi jenazah di Menteng, Jakarta Pusat sekitar 11.40 pagi waktu tempatan, disambut anak lelaki arwah, Djoko Ramiadji sebelum menunaikan solat jenazah bersama-sama jemaah.

Joko Widodo, diiringi Menteri Setiausaha Negara Pratikno dan Setiausaha Kabinet Pramono Anung, kemudiannya berbual dengan ahli keluarga dan mendoakan agar mereka diberikan ketabahan dan kesabaran.

Mooryati meninggal dunia pada 1 pagi Rabu dan dikebumikan di Bogor, Jawa Barat mengikut istiadat ketenteraan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *