May 18, 2024

Dilepas dari tuduhan pinda laporan audit

Di tengah spekulasi mengenai keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

“Saya benar-benar tidak tahu (keputusannya). Pengampunan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak perlu mendengar nasihat perdana menteri atau membincangkannya dalam kabinet,” katanya menjawab soalan pemberita hari ini.

Jelasnya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan dan sebaliknya Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa yang berada di situ.

Chang  juga berkata tanggapan bahawa seseorang itu mesti menjalani hukuman penjara selama tiga tahun sebelum memohon pengampunan hanyalah satu konvensyen dan tidak dinyatakan secara jelas dalam mana-mana peraturan.

Awal hari ini, pembantu Zaliha mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat semalam untuk membincangkan permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk pengampunan diraja tetapi enggan memberikan butiran lanjyt.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang bagi kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta dan masih berdepan perbicaraan bagi beberapa pertuduhan berkaitan 1MDB.

Di tengah-tengah desas-desus mengenai hal ini, beberapa penerbitan telah menyiarkan laporan yang memetik sumber yang mendakwa Najib telah diampunkan atau hukuman penjaranya dikurangkan, diikuti dengan beberapa penarikan balik artikel tersebut.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihatkan media supaya menunggu Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan rasminya sebelum melaporkan keputusan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *