May 18, 2024

Bahagian 1.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal menaiki takhta secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 pada 31 Januari 2024.

Umpama telah ditakdirkan susun aturnya, di saat kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi berparlimen menerusi pilihanraya umum menunjukkan tiada sebuah parti politik termasuk gabungan politik yang layak menubuhkan kerajaan. Yang di Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berjaya membuat keputusan sehingga tertubuhnya “Kerajaan Perpaduan” dan Perdana Menteri ke-10 adalah Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Kini negara kita memasuki fasa yang amat penting. Sebagai Kerajaan Perpaduan yang terhasil melalui Istana Negara maka kesinambungan pemerintahan Raja Berdaulat perlu bagi memastikan negara ini sentiasa berada di landasan yang betul dan jauh dari salah guna kuasa politik, membendung kuasa kartel dan salah laku penjawat awam yang tidak berkesudahan maka sudah sampai masanya negara Malaysia yang berdaulat mempunyai seorang Raja yang berani, tegas, telus dan adil.

Fasa Raja berjiwa rakyat kini memasuki era Raja Berdaulat Memayungi Rakyat. Raja yang boleh bertindak bagi menjaga maruah negara dengan semak dan imbang yang datangnya dari Istana Negara juga.

Apabila baginda Sultan Ibrahim menyampaikan titah mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong berbanding amalan selama ini dilaporkan kepada Parlimen, ini bermakna baginda memandang serius:-

  1. Membenteras amalan rasuah di semua peringkat termasuk dari ahli politik dan penjawat awam tanpa pilih kasih.
  2. Mengawalselia tatakelola sumber utama negara agar tidak dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan peribadi.

Titah pengesyoran dari Sultan Ibrahim bukannya suatu yang janggal kerana rakyat perlu ingat bahawa sebagai sebuah negara yang mempunyai Raja Berpelembagaan maka Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja Perlembagaan, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

Ada pihak yang mula ‘panas’?

Sudah tentu ada dan boleh dibaca dengan mudah pihak yang sedang melatah.

Sumber negara jika tidak dijaga dengan betul maka ianya akan menjadi modal menghuru-harakan negara.

Nilai matawang negara, kedudukan fiskal negara, inflasi, harga barang keperluan harian rakyat dan Keluaran Negara Kasar negara akan berada pada garis yang sepatutnya jika sumber negara dikawal dan diurus dengan baik.

Menurut laporan Sunday Times, rakyat jelata sehingga ke warong kopi menyambut baik pengesyoran Duli Tuanku. Persoalannya sejauh manakah ahli politik dan kakitangan awam menyambut tatakelola perkenan Tuanku?

Negara ini negara berTuan, tanah ini tanah berdaulat!

Daulat Tuanku!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *