May 18, 2024

PAS sentiasa menggunakan label Islamik pada parti politik mereka sebagai alat untuk berkempen bagi menarik sokongan rakyat terutamanya kepada bangsa Melayu Islam.

Sepanjang kempen ceramah politik PAS, pelbagai polemik dan kontroversi melalui siri kempen PAS samada di pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil termasuk pilihanraya negeri.

Bukan ceramah PAS sahaja yang menimbulkan pelbagai isu tetapi ketika sesi kuliah agama yang dikendalikan oleh ustaz pro PAS juga pelbagai isu salah tafsir yang timbul.

Isu kafir mengkafir, tafsiran salah mengenai politik Islam dan juga ugutan serta menakutkan pengundi dengan “neraka” jika tidak bersama mereka atau tidak mengundi PAS.

Terkini, ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Lim Abdullah dikecam hebat oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini apabila beliau dengan sengaja memfitnah kepimpinan DAP apabila mengaitkan Lim Kit Siang mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya dan juga “Lim Kuan Yew” bekas Presiden Singapura yang kononnya juga sebagai pemimpin pro komunis.

Seperti yang dijangka, kepimpinan utama PAS terutama Presiden PAS, Hadi Awang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tiada kenyataan rasmi terhadap ahli Parlimen Kepala Batas tersebut. Fitnah yang dilemparkan oleh Siti Mastura yang juga Timbalan Muslimah PAS Pulau Pinang itu bukan sahaja mencemarkan imej PAS di kalangan umat Islam si Malaysia tetapi telah merosakkan reputasi PAS dengan kerajaan Singapura apabila mengaitkan bekas Presiden republik tersebut dengan komunis.

Rantaian dosa fitnah ini siapa yang akan menanggungnya apabila Siti Mastura menipu jentera Muslimah dan Ameerah PAS Kemaman? Dan kumpulan ini pula turun berjumpa rakyat serta pengundi dengan membawa cerita fitnah serta menipu mereka pula?

Umat Islam Malaysia perlu sedar bahawa kepimpinan PAS tidak akan bertindak segera memperbetulkan fitnah sebegini seperti sebelumnya. Jika penceramah PAS mengeluarkan fatwa sesat seperti mengundi selain PAS masuk neraka pun Hadi Awang mengambil sikap membisu, isu ahli parlimen Kepala Batas pun bakal dibiarkan sahaja.

Apakah amalan penipuan berganda dan fitnah berantai ini sudah menjadi darah daging perjuangan PAS?

Jauhnya syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *