May 18, 2024

PAS terpaksa mengubah strategi bagi menghadapi calon BN di DUN Pelangai, Pahang.

Bermula dengan naratif bahawa PAS masuk bertanding di pilihanraya kecil tersebut kerana ingin membantu peneroka yang kononnya terabai kepada merayu agar diberi peluang sebagai ‘wakil rakyat pendesak’ di Dewan Undangan Negeri Pahang.

Apa yang hendak didesak? Perlukah menjadi pendesak kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang untuk membantu warga peneroka Felda di Pelangai jika mampu menjadi wakil rakyat yang teruskan agenda membantu rakyat Pelangai secara keseluruhannya?

PAS gagal memahami tentang “siapakah peneroka felda” dan “bagaimana pemilihan peserta peneroka” dibuat. Sejarah ini perlu dibukukan supaya generasi peneroka FELDA seterus tidak dikelirukan dengan “fatwa sesat” tentang “peserta FELDA”.

Menurut Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa FELDA begitu berbeza dengan syarikat gergasi korporat yang menguruskan ladang sawit berskala besar.

Jika syarikat tersebut rugi maka pekerja ladang akan diberhentikan dan kemungkinan besar syarikat akan berpindah tangan.

FELDA adalah sebaliknya, di dalam apa juga keadaan peneroka tidak akan diminta tinggalkan tanah rancangan. Permasalahan hutang peneroka, isu generasi seterusnya dan pelbagai lagi. FELDA melalui kerajaan Pusat tidak akan mengabaikan warga peneroka begitu sahaja.

Jangan kerana hasutan pengamal politik perpecahan maka ada peneroka yang keliru antara wakil rakyat yang sentiasa membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan wakil rakyat yang hanya ingin menjadi pendesak dan mengganggu rancangan yang telah disusun oleh kerajaan negeri dan pusat.

Tersilap pilih akan merana sepanjang 5 tahun akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *