May 19, 2024

Pilih wakil rakyat yang boleh membawa masalah setempat untuk diselesaikan. Pilih yang boleh membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kecondongan politiknya. Pilih yang tidak berkira, tidak kedekut dan sentiasa mendengar masalah rakyat.

Bagaimana nasib warga peneroka dan warga Pelangai jika membuat keputusan hanya berdasarkan fitnah dan adu domba orang luar?

Bagaimana nasib rakyat Pelangai jika memilih seorang wakil rakyat yang apabila menang akan meminta sumbangan wang tunai dari rakyat untuk membuka pejabat operasi khidmat membantu rakyat?

Telah terbukti beberapa wakil rakyat yang menang dengan logo Perikatan Nasional melancarkan tabung khas untuk membantu mereka. Mereka tidak jujur dengan pengundi kerana peruntukan sewa untuk membuka sebuah pejabat, peralatan pejabat dan pekerja di dalamnya telah disediakan.

Tidak pernah sekali pun anda dengar dan baca tentang wakil rakyat UMNO-BN walaupun di negeri yang bukan dipimpin mereka melancarkan tabung meminta rakyat hulurkan wang kepada mereka.

Sejak dari awal kempen pilihanraya kecil lagi Perikatan Nasional mula lancarkan tabung meminta kewangan dari penyokong dan rakyat yang datang mendengar ceramah mereka. Menghairankan, amalan meminta wang dari rakyat di ceramah ini terhenti sejak mereka menjadi sebahagian dari kerajaan dan mulakan semula amalan meminta -minta sejak akaun parti tertentu dibekukan? Adakah punca kewangan atau dana politik sudah kehabisan atau ianya satu lakonan?

Terkini, Timbalan Presiden PAS mengaku bahawa kemenangan PAS di DUN Pelangai sebagai penghalang kepada pembangunan yang telah dirancang oleh Kerajaan Madani Pahang?

Sepanjang kempen di Pelangai, anda pernah dengar PAS janjikan pembangunan di sana? Jawabnya tidak, Sanusi datang hanya untuk berbohong tentang Anwar di New York, berbohong tentang kes DNAA Zahid dan paling memalukan, Sanusi sendiri tidak berani menjelaskan apa kejayaan yang beliau telah lakukan di Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *