May 18, 2024

“Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah”

Ini adalah sebahagian daripada jawapan dari YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang YB Senator di Dewan Negara semalam berhubung hasil siasatan terhadap hakim tersebut.

Malah Anwar turut menambah perkara itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

Lantaran jawapan tersebut maka ada pihak yang tidak tidak bertanggung jawab terus cuba mengeruhkan keadaan, melaga-lagakan antara ahli UMNO dan mula ‘menyiram minyak’ dengan fakta yang salah dan mengaitkan nama menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang &Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina.

Perlu difahami bahawa jawapan Dato Seri Anwar berbeza konteksnya dengan kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Sri Azalina pada April 2023.

Fahami konteks perbezaannya antara “kod etika dengan kesalahan jenayah”. 

Dato’ Sri Azalina menyatakan hasil siasatan dari SPRM bahawa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

YAB Perdana Menteri pula memberi jawapan di Dewan Negara melalui konteks atau terma jenayah di mana menurut dapatan SPRM, tiada “kesalahan jenayah” yang dilakukan oleh hakim tersebut.

Perlu diingat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) adalah sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah dan berada di bawah bidang kuasa(purview) Perdana Menteri dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang &Reformasi Institusi). Menteri Undang-Undang hanya menjawab bagi pihak SPRM dan tiada sebarang kuasa di dalam mana-mana siasatan sekali pun.

Jangan mudah keliru dengan rancangan jahat musuh yang ingin merosakkan hubungan antara UMNO-BN dan Pakatan Harapan di dalam kerajaan perpaduan.

Pilihanraya negeri di enam buah negeri semakin hampir dan musuh politik kepada Kerajaan Madani gigih mencari jalan untuk melemahkan hubungan antara komponan parti di dalamnya.


Poster berniat jahat yg sedang disebarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *