May 18, 2024

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim yang juga mantan EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka yang juga Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu Melaka yang baharu YB Datuk Rais Yasin tiba-tiba menjadi sasaran serangan musuh UMNO.

Menggunakan sebaran tangkap layar aplikasi WhatsApp yang kononnya terkandung butiran bualan antara beliau dan seorang wanita berkisar tentang meminta ‘projek’.

Agak terlalu lemah cara musuh UMNO-BN menyerang pemimpin kali ini. Tangkap layar tersebut pada tarikh 2 Disember 2021, sebaran pada Hari Raya Aidil Fitri 2023 dan disebarkan dari ‘geng kecewa’ dengan UMNO. Lihat saja apa yang terjadi kepada presiden UMNO, turut menjadi mangsa fitnah.

Cara serangan dengan meminta SPRM siasat hanya berdasarkan kandungan perbualan kerana ‘wanita’ tersebut bertanyakan hal projek. Lucunya wanita tersebut menyimpan nombor telefon bimbit atas nama ‘Rais Yasin’ dan bukannya ‘sayang’ atau ‘buah hati’ memandangkan ‘wanita’ tersebut begitu ‘manja’ dalam ‘perbualan’ tersebut.


Siapa pun boleh mengubah suai(edit) aplikasi WhatsApp menjadikannya sebegitu rupa malah lebih daripada apa yang disebarkan. Aplikasi ini tidaklah suatu rumit untuk diubahsuai dan bukannya boleh dijadikan bukti kukuh kerana begitu mudah untuk diubah suai nama pengirim dan penerima serta boleh dijadikan tangkap layar.

Ada pihak masih belum berputus asa nampaknya untuk merosakkan nama baik pemimpin UMNO dengan cara ini. Ada juga pihak yang hanya mampu mengambil upah menyerang UMNO-BN dengan kadar ‘sepinggan nasi lemak’ hanya kerana itu sahaja cara mereka mencari rezeki. Cubaan “meletakkan pasir di dalam periuk nasi orang akhirnya pasir tersebut masuk ke mata sendiri”. Serangn fitnah yang mudah dipatahkan dan memalukan.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menganggap kontroversi melanda seorang EXCO kerajaan negeri itu yang didakwa terbabit skandal seks dengan seorang wanita sebagai fitnah.

Beliau menegaskan, perkara seperti itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan dalam dunia siber dan serba moden ini, pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul atau tidak.

“Sebab pengalaman ini, ramai sudah dapat tahu dan rasanya sama sahaja. Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *