May 18, 2024

FOKUS dan Komited, itulah yang rakyat Melaka boleh gambarkan tentang Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri Melaka itu tidak menunggu lama untuk memastikan negeri dan rakyatnya bakal menikmati limpahan ekonomi domestik, beliau dan rombongannya ke Turkiye bagi memeterai MoU bernilai RM2 bilion.

Datuk Seri Rauf menjadi saksi Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Leaptec Engineering Sdn Bhd (Leaptec), anak syarikat LBS Bina Group Berhad dan Desan Deniz Ins. San. A.S, syarikat Turkiye bagi usaha sama membangunkan rangkaian perkhidmatan berteraskan perkapalan di Tanjung Bruas, Melaka.

Majlis memeterai MoU tersebut berlangsung di ibu pejabat Desan di Istanbul, Turkiye.

Leaptec diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan, manakala Desan diwakili Pengerusinya, Cenk Ismail Kaptanoglu.

Hadir sama menyaksikan MoU ini ialah YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul; YBhg. Datuk Anis Hisham Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Leaptec; Encik Adil Bahadir Demirag, Pengarah Desan; dan Encik Sadan Kaptanoglu, Pemilik Desan Deniz Insaat San A.S.

Menerusi MoU itu, kedua-dua syarikat bakal bekerjasama untuk meneroka peluang membangunkan perniagaan perkapalan di Jeti Tanjung Bruas, Melaka. Ia membabitkan perniagaan membaiki dan membina kapal. MoU yang ditandatangani itu berkuat kuasa untuk tempoh 12 bulan bermula dari tempoh penjanjian ditandatangani.

Kerjasama antara kedua-dua pihak bagi membangunkan kawasan di tanah tebus guna seluas 1,200 ekar di Tanjung Bruas juga adalah sebagai pemangkin bagi projek pembangunan bersepadu di Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

Sesuai dengan slogan “Melakaku Maju Jaya”, Datuk Seri Rauf membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan rakyat dan negeri sebagai keutamaan. Sebagai sebuah negeri yang sentiasa berkembang ekonominya dan dinamik dari segi tarikan pelabur luar, kesemua pihak wajar menumpukan perhatian yang serius dan bukannya asyik menjadikan isu-isu kecil sebagai modal untuk merosakkan nama baik negeri di mata pelabur.

Di saat seluruh dunia menghadapi tekanan ekonomi akibat pandemik covid19, rakyat Melaka bersyukur kerana Ketua Menteri sentiasa memberikan fokus bagaimana untuk memacu ekonomi bagi rakyat dan negeri sentiasa beroleh manfaat.

Impak ekonomi dari pelaburan bernilai RM2 bilion ini cukup bermakna bagi saiz negeri dan populasi rakyat Melaka. Banyak lagi pelaburan yang bakal di bawa masuk oleh Ketua Menteri ke-13 dan kerajaan negeri kerana matlamat capaian bajet 2023 adalah membawa masuk sekurang-kurangnya nilai pelaburan berjumlah RM5 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *