May 18, 2024

Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh telah membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin UMNO yang berani membuat keputusan demi memastikan UMNO-BN sentiasa mendapat tempat dihati dan diyakini oleh rakyat Melaka.

Sebagai ‘arkitek’ yang merancang dan melaksanakan perjalanan pilihanraya negeri yang lalu, terbukti keputusan yang beliau buat berjaya memulihkan pandangan rakyat terhadap UMNO-BN dalam tempoh yang tidak lama setelah kalah di pilihanraya umum ke-14.

Rauf memahami kehendak pengundi, beliau mampu membaca angin perubahan yang diperlukan oleh rakyat Melaka maka beliau mengambil keputusan untuk meletakkan lebih daripada 80% muka baharu sebagai calon dan terbukti keputusan yang diambilnya tepat.

Bukan suatu yang mudah untuk ‘memujuk’ calon UMNO-BN yang telah lama berkhidmat dan tidak suatu yang senang untuk menarik kembali keyakinan rakyat melalui calon baharu di saat UMNO-BN ditolak oleh rakyat berdasarkan keputusan pilihanraya umum ke-14. Namun melalui pengalamannya menelusuri politik akar umbi, Rauf berjaya membawa UMNO-BN Melaka sehingga berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan selesa.

Sekarang beliau merupakan ‘CEO of the state’ dan ‘Commander-in- Chief’ UMNO-BN Melaka. Sokongan daripada kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga rakyat sentiasa diperlukan untuk membawa negeri Melaka lebih maju dan makmur.

Selamat berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *