May 18, 2024

Dalam satu temuramah eksklusif antara media dan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab dengan tenang soalan cepumas yang ditujukan kepada beliau berhubung pemecatan dan penggantungan keahlian beberapa pemimpin senior UMNO.

Melihat kepada jawapan yang diberikan oleh Zahid, jelas menunjukkan beliau tiada agenda peribadi di dalam mengemudi UMNO bagi menghadapi cabaran akan datang.

Zahid bukan jenis pemimpin yang mengambil kesempatan ke atas kedudukannya sebagai Presiden parti terbesar bangsa Melayu dan Bumiputra. Jika tidak Ismail Sabri tidak akan merasa untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia ke-9. Zahid mempunyai kuasa ‘bargain’ ketika Muhyiddin terkapai-kapai meminta bantuan UMNO-BN untuk menubuhkan kerajaan setelah mengambi alih dari kerajaan Mahathir. Zahid tidak bertindak sedemikian sebaliknya merestui Ismail Sabri dan beberapa pemimpin UMNO-BM menyertai kabinet Muhyiddin.

Jika Zahid mementingkan dirinya, nescaya Perdana Menteri selepas Muhyiddin adalah beliau dan bukannya Ismail Sabri.

Zahid berpandangan jauh dan apa yang boleh dilihat dari keputusan pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 adalah akar umbi telah memberi mandat kepada pemimpin yang sealiran dengan pemikiran Zahid. Inginkan UMNO kembali bangkit segera dan bukannya pasukan yang boleh dikawal dari jarak jauh oleh geng broker.

“Dog eat dog” adalah sekumpulan manusia yang sanggup memakan kawannya sendiri demi kuasa dan kepentingan peribadi. Zahid membuktikan beliau berjaya membendung UMNO dan BN dari dirosakkan oleh individu pemakan daging saudara sendiri. Tidak dinafikan masih ada saki baki dari kumpulan tersebut dan usaha pemutihan UMNO dari anasir ini sentiasa berjalan.

Kini UMNO-BN berhadapan dengan pilihanraya DUN di beberapa negeri, ini adalah titik mula prestasi ahli Majlis Kerja Tertinggi bakal dinilai oleh ahli yang berada di akar umbi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *