May 18, 2024

MELAKA mencipta sejarah apabila menjadi sebagai negeri pertama yang menubuhkan Kerajaan Madani dan Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh adalah Ketua Menteri yang baharu dan turut mencipta sejarah yang sama.

Beberapa bulan yang lalu, YAB Datuk Seri Utama Dr. Haji Sulaiman bin Md Ali diberitaka telah menghantar surat niat meletak jawatan kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber, peralihan kuasa ini berlaku dengan persetujuan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan menegaskan ianya tiada kaitan dengan sebaran pergeseran dalaman parti tetapi lebih kepada transisi kuasa untuk menguatkan lagi UMNO negeri Melaka dan Sulaiman bakal memberi tumpuan kepada meraih kembali kerusi parlimen yang UMNO-BN kalah pada pilihanraya umum ke-15 yang lalu.

Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh, ADUN Tanjung Bidara yang juga Exco Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri malah turut berpengalaman sebagai Speaker Kerajaan Negeri. Berpengalaman luas di dalam pentadbiran korperat dalam dan luar negara dan begitu rapat dengan rakyat bukan sahaja di kawasan Dewan Undangan Negeri sendiri tetapi juga rakyat Melaka amnya.

Jumaat ini, Melaka bakal menyaksikan peristiwa bersejarah dengan tertubuhnya Kerajaan Negeri Madani pertama di Malaysia dan Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh adalah Ketua Menterinya.

Semoga rakyat negeri Melaka dan seluruh pentadbiran kerajaan negeri menjadikan sejarah ini sebagai contoh kepada negeri yang lain di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *