May 18, 2024

PROSES pendaftaran bagi sesi pemilihan kesemua jawatan UMNO untuk penggal 2023-2026 dengan rasminya ditutup semalam.

Nampaknya pemilihan kali ini juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pemimpin UMNO di pelbagai peringkat termasuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia yang telah dikosongkan oleh Dato’ Zahida Zarik Khan.

Seramai enam orang telah menawarkan diri untuk merebut jawatan tersebut dan calon itu datangnya dari beberapa negeri termasuk dari Wilayah Persekutuan, Melaka, Kelantan dan Johor.

Apa yang menarik adalah calon-calon tersebut sememangnya aktif di media sosial dan mudah untuk mengenali mereka termasuk latar belakang pekerjaan dan pendidikan.

Cuma apa yang menjadi perhatian adalah mengenai apa yang calon-calon tersebut lakukan di kawasan masing-masing sehinggakan timbul persoalan, kenapa begitu teruk sekali prestasi calon-calon terhadap kejayaan mereka menarik golongan wanita muda mendekati UMNO.

Pergerakan Puteri UMNO adalah sayap yang ditubuhkan khas untuk memudahkan gerakerja ke arah menarik minat golongan wanita muda kepada UMNO termasuk golongan wanita muda yang berkerjaya, mahasiswa dan suri rumah yang berumur bawah 35 tahun.

Jika dilihat kepada data ini, maka di manakah kekuatan calon yang menawarkan diri?

Menurut sumber, data ini adalah mengenai kewujudan cawangan UMNO yang wujud sayap puteri mengikut calon yang menawarkan diri:-

  1. Seputeh 21 sayap puteri/47 cawangan UMNO – 44%
  2. Kubang kerian 26 cawangan sayap puteri/152 cawangan UMNO – 17.1%
  3. Lembah pantai 23 cawangan sayap puteri/49 cawangan UMNO – 46.9%
  4. Kuantan 29 cawangan sayap puteri/66 cawangan UMNO – 43.9
  5. Jasin 66 cawangan puteri/99 cawangan UMNO – 66.7%

Apabila merujuk kepada data keberadaan sayap puteri di dalam cawangan maka kesimpulan awal yang mudah boleh dibuat iaitu selama lebih dari 3 tahun yang lalu berada di kelompok kepimpinan utama Pergerakan Puteri di UMNO Bahagian masing-masing, kenapa begitu jauh bezanya angka dengan kewujudan jumlah cawangan?

Bagaimana UMNO-BN hendak menang pilihanraya umum seterusnya jika tidak ada usaha untuk menarik minat golongan muda Melayu dan Bumiputra kepada UMNO?

Kena ada misi dan visi yang jelas jika ingin memegang jawatan nombor satu di Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Bukan sekadar retorik “masih sayangkan UMNO”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *