May 5, 2024

KEMUNCULAN KJ yang sepatutnya setiap hari di stesen radio HotFM milik Media Prima akhirnya berubah kepada jadual kemunculannya hanya setiap hari Isnin menimbulkan pelbagai persoalan.

Jika dilihat kepada poster iklan slot KJ, “Bekpes HotFM”, muka Kj pun bukan watak utama. Umpama tetamu jemputan dengan segmen berbaur politik.

Hari ini KJ muncul dengan topik KWSP. Tiada apa yang boleh dibanggakan sekiranya KJ membawa isu mengikut arus tular netizen kerana isu sebegini akan menimbulkan tindak balas yang tidak baik kepada KJ sendiri. Ketika menjadi menteri, kenapa KJ tidak bersuara mengenai pengeluaran KWSP?

Tahap pengisian bagi slot KJ di stesen radio yang dikatakan tidak pro kepada Kerajaan Perpaduan ini akan menjadi “pulang paku buah keras” terutamanya kepada KJ sendiri.

Akhir-akhir ini banyak isu telah dibangkitkan oleh Kerajaan Perpaduan termasuk “skandal pembelian ventiletor” dan “skandal pembelian vaksin”. Sepatutnya KJ sebagai bekas menteri kesihatan wajar memperjelaskan kedudukan sebenar dan siapa yang perlu disiasat.

Rakyat negara ini sudah maklum siapa pemegang saham terbesar di Media Prima yang mana bukan lagi kerajaan ada pengaruh di dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *