May 18, 2024

MENJADI PM melalui percaturan politik musuh bukanlah satu perkara yang boleh disembunyikan selamanya.

Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Muhyiddin bukan hanya kerana desakan ekoran kegagalan Muhyiddin menjalankan tugasnya tetapi penyerahan kuasa PM itu berserta dengan sebuah “perjanjian sulit”?

Menurut sumber antara butiran perjanjian sulit tersebut adalah berkenaan kewangan dan persediaan parti pimpinan Muhyiddin perlu cukup bersedia untuk menghadapi PRU15. Ismail dikatakan dengan sengaja melambatkan pembubaran parlimen demi memberi ruang secukupnya kepada Muhyiddin untuk membuat persiapan.

Ismail juga dikatakan tidak gembira di atas kemenangan BN di pilihanraya negeri Melaka dan Johor kerana kemenangan tersebut menaikkan sokongan ahli kepada Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ismail mengelakkan diri daripada desakan pembubaran parlimen sebaik sahaja pilihanraya negeri Johor dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Ismail juga mengambil peluang menyerang Zahid dengan menggunakan alasan lebih baik mengadakan pemilihan UMNO terlebih dahulu dan baru PRU15. Kegilaan Ismail adalah untuk menjadi Presiden parti dan mula terbentuklah “geng broker”.

Setiap hari geng broker melancarkan serangan memburukkan Zahid termasuk mendesak beliau melepaskan jawatan Presiden. Ini adalah antara strategi Ismail melengahkan pembubaran parlimen.

Mungkin juga Ismail sengaja membiarkan Najib ke penjara terlebih dahulu supaya kekuatan UMNO-BN luntur. Apabila terdedah rakaman perbualan antara Setiausaha Politik Ismail dengan seorang pemimpin UMNO pro Ismail berhubung untuk menyegerakan pemenjaraan Najib maka banyak terjawab siapa Ismail sebenarnya.

Tambahan pula pengakuan Mukhriz Mahathir berhubung rancangan jahat Muhyiddin untuk menuntut sejumlah peruntukan dari Ismail yang berbilion ringgit nilainya. Sehingga kini Ismail berdiam diri berkaitan isu ini.

Semua ahli UMNO tertipu dengan permainan licik dan kotor Ismail. Menanam persepsi buruk terhadap Zahid sedangkan di waktu yang sama merancang untuk memusnahkan UMNO-BN di PRU15.

Menurut sumber, ada bukti yang menunjukkan Ismail mengarahkan serangan terhadap Zahid dan Mat Hassan dan kerja gila ini dilakukan oleh pegawai-pegawainya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *