May 19, 2024

BUKAN perlembagaan dan syarat wajib bagi sesebuah parti politik apabila kalah di pilihanraya umum atau apa sahaja kategori pilihanraya maka Presiden kena letak jawatan termasuk UMNO.

Jika kalah pilihanraya sebagai syarat tertulis di dalam perlembagaan sesebuah parti politik maka sebagai imbal balik, apa pula anugerah yang akan diperolehi sekiranya parti menang di dalam pilihanraya? Panjangkan tempoh menjadi Presiden?

Ahli UMNO sebenarnya ditipu dengan momokan “presiden perlu letak jawatan kerana parti kalah teruk”. Parti politik lain tidak bertindak sedemikian. Berapa lama DAP, PAS dan PKR kalah teruk di dalam siri pilihanraya umum dan terbaru di pilihanraya kecil dan negeri Melaka serta Johor? Ada berita presiden parti tersebut didesak supaya meletakkan?

Kenapa isu desakan perletakan jawatan timbul hanya di parti UMNO sahaja? Paling tidak disangka desakan supaya presiden berundur datang dari kelompok Ismail Sabri dan Hisham sahaja.

Ahli UMNO tahu siapa bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan dan siapa pula Menteri Besar Johor, Onn Hafiz. Kedua figura pemimpin muda UMNO ini dari kelompok Ismail dan Hisham.

Apa yang mengejutkan adalah sikap dan tindak balas Zahid berhubung isu desakan bersifat kepentingan puak ini. DS Zahid hanya mementingkan kestabilan di dalam UMNO dan terus berusaha mengukuhkan UMNO di mata rakyat. Tiada dendam peribadi yang terlihat kecuali menghukum individu yang mensabotaj parti. Bagi DS Zahid, serangan terhadap peribadinya bukanlah suatu yang luarbiasa kerana beliau akui sebagai Presiden parti, beliau akan menjadi sasaran utama musuh luar dan dalaman parti.

Poster Boy selamat, Hisham selamat, KJ selamat walaupun pada hakikatnya mereka antara penyumbang besar kepada kekalahan parti.

Ada yang gila nak kekal jadi Perdana Menteri, ada yang gila nak jadi Perdana Menteri dan ada yang gila nak Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

Apabila parti kalah maka perlu fikir bagaimana untuk memulihkan parti dan bukannya bagaimana nak bunuh presiden parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *