May 19, 2024

IBU dan adik kandung diperkosa lelaki durjana! Tergamaknya dia demi penuhi nafsu serakah.

Lelaki itu dipercayai telah memperkosa ibunya sejak tahun lalu dan adik kandungnya sendiri berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa.

Itu yang terjadi di Indonesia, perbuatan keji itu terbongkar selepas kejadian itu diadukan kepada pihak berkuas.

Menurut laporan detiknews, kata jurucakap polis, Edwin di kabupaten Lampung Selatan, ia terbongkar selepas adiknya mengadu sakit ketika membuang air kecil.

Ujarnya, kanak-kanak itu kemudiannya mengaku telah dinodai suspek ketika disoal jirannya pada Isnin lalu.

Katanya, mereka yang prihatin dengan nasib mangsa yang masih kecil bertindak segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Edwin, suspek dikenali sebagai ST, 19, berjaya diberkas di kampung halamannya tidak lama selepas laporan dibuat.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian selepas ibunya tidak memberikan wang seperti yang diminta olehnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *