May 19, 2024

Siapa sangka perkahwinan yang baru dikecapi tidak sampai tiga hari hancur di tengah jalan selepas si suami tergamak berlaku curang dan menjalinkan hubungan terlarang dengan orang ketiga.

Lebih pedih apabila si isteri mendapati bahawa si suami berlaku curang dan melakukan hubungan intim dengan ibu kandungnya sendiri (ibu mentua si suami). Mak datuk, apa kes ni?

Suami ditangkap orang kampung ketika isteri tiada di rumah


Menerusi video TikTok dikongsi wanita bernama Norma Risma, dia menjelaskan bahawa dia dan suaminya yang sudah bercinta selama lima tahun mengambil keputusan untuk bernikah.

Namun selepas tiga hari berkahwin, alangkah terkejutnya dia apabila si suami berlaku curang bersama ibu kandungnya sendiri dan mereka ditangkap ketika sedang menjalinkan hubungan terlarang.

Difahamkan, kedua-dua mereka ditangkap beberapa penduduk kampung dalam keadaan tidak berpakaian ketika si isteri tiada di rumah kerana bekerja.

https://www.tiktok.com/@rahmariza/video/7181837425914694938?embed_source=70846777%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_masking&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=ohmedia.my%2Fohtidak%2Flelaki-kena-tangkap-basah-dengan-ibu-mentua-rupanya-selalu-bertukar-mesej-lucah%2F&referer_video_id=7181765031049170203

Lebih menyedihkan ialah ibu dan suaminya itu juga difahamkan pernah bertukar mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp dan turut pernah melakukan hubungan terlarang ketika bulan puasa.

Si isteri minta cerai, ibu juga diceraikan bapa


Selepas kejadian tersebut, Norma kemudiannya membuat keputusan untuk bercerai dengan suaminya. Bukan itu sahaja, ayah kepada Norma turut melafazkan talak ke atas isterinya yang berasa malu dengan tindakannya berlaku curang dengan menantunya sendiri.

Kredit: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *