May 19, 2024

SELAGI ada individu atau kumpulan yang menjadikan politik sebagai wadah sara diri dan famili, maka UMNO dan BN akan sentiasa berhadapan dengan ancaman pecah belah. Geng broker politik adalah kumpulan yang terbaharu timbul dari kelompok Kuda Trojan setelah geng musang bermuka ayam dipecat dari parti.

Terdesak dengan kegagalan menyingkirkan DS Zahid berundur dari jawatan Presiden sejak sebelum pilihanraya umum ke-15 atau lebih tepat sejak Muhyiddin menjadi PM ke-7 melalui pelbagai naratif terutamanya “Zahid sedang menghadapi perbicaraan kes di mahkamah”, kumpulan atau geng broker ini tidak terhenti di situ sahaja. Desakan “undur Zahid” semakin menjadi-jadi ketika Ismail menjadi PM ke 9.

Kini mereka mula membina naratif perlunya diadakan pemilihan terutama bagi jawatan Presiden dan Timbalan.

Kenapa naratif baharu ini dimainkan?

Jawabnya, dendam kumpulan pro Muhyiddin yang bergelar geng broker masih terus subur kerana matlamat geng broker adalah meruntuhkan kerajaan perpaduan seberapa segera apabila berjaya tewaskan DS Zahid. Matlamat geng broker jelas, sekiranya calon baharu pro Muhyiddin berjaya mengalahkan DS Zahid maka langkah pertama yang mereka akan buat adalah membawa keluar UMNO dan BN daripada kerajaan perpaduan.

Geng broker Muhyiddin ini juga sedang membina persepsi bahawa kerajaan perpaduan tidak menjaga kepentingan Melayu serta Islam dan UMNO-BN tidak lagi mempedulikan perkara ini. Sangkaan jahat terhadap ini terarah kepada DS Zahid yang kononnya gagal memimpin UMNO-BN di dalam kerajaan perpaduan.

Terkini serangan bermotif doktrin bahawa DS Zahid adalah jurucakap dan juru kempen DAP melalui “program palsu” iaitu “Kempen UMNO Sayang DAP”.

Doktrin geng broker Muhyiddin cuba mengelirukan kenyataan DS Zahid yang mendedahkan bahawa Mahathir adalah individu yang selama ini bertanggung jawab melakukan doktrinisasi memburukkan DAP. Hakikatnya Mahathir sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR di pilihanraya umum ke 14 menentang Barisan Nasional dan UMNO.

Kenapa Mahathir secara konsisten selama ini memburukkan DAP?

Jawabnya, kerana selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, DAP melalui Lim Kit Siang tidak pernah berhenti menyerang dan mendedahkan salah laku Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4. Hanya satu cara sahaja Mahatir perlu lakukan adalah memburukkan DAP dengan pelbagai persepsi negatif terutama anti Melayu dan anti Islam.

Geng broker pro Muhyiddin juga cuba mengelirukan ahli UMNO dengan “manifesto” mereka di pemilihan UMNO akan datang iaitu sekiranya calon tajaan mereka menang jawatan Presiden maka UMNO dan BN akan kekal di dalam kerajaan perpaduan sebagai ketua kepada “parti perpaduan” ini. Justeru pada pilihanraya umum ke-16, UMNO-BN tidak akan bersama PKR dan DAP sekiranya presiden baharu tidak dilantik sebagai ketua gabungan tersebut.

Sebenarnya geng broker pro Muhyiddin berbolak-balik dengan meletakkan pelbagai syarat, cita-cita yang sebenarnya mereka mahu membawa UMNO-BN kepada Muhyiddin.

Geng broker ini telah mula dikenalpasti dengan terdedahnya cubaan khianat Hishammuddin Hussein yang membawa 10 ahli parlimen BN melutut kepada Muhyiddin sejurus selepas keputusan pilihanraya umum ke-15 diumumkan.

Senang untuk mengetahui siapa lagi yang begitu bersungguh untuk jadikan UMNO-BN barang mainan Muhyiddin, lihat sahaja siapa yang naluri dan gerak kempennya sama dengan Hisham.

Geng broker ini bakal didedahkan sedikit masa lagi termasuk siapa yang ketuai kumpulan pemikir media dan pengarah strategik naratif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *